background music

Tuesday 17 November 2015

5. SUJUD SAHWI

                                                               
                               




 SUJUD SAHWI



Sebagai manusia, kita pastinya tidak terlepas daripada sifat lupa. Malah dalam solat sekalipun kadang-kadang kita terlupa. Sebab itulah adanya sujud sahwi untuk menampung kesalahan dan apa-apa yang kita lupa semasa di dalam solat.

Sujud sahwi secara umumnya merupakan sujud yang dilakukan apabila tertinggal beberapa perkara dalam solat. Pengertian dari bahasaperkataan sahwi bermaksud : " lupa sesuatu ". Dari sudut syarak pula sujud yang dilakukan sebanyak dua kali setelah selesai tahiyat akhir sebelum salam. 

Hukumnya melakukan sujud sahwi adalah sunat.

Sebab-sebab sujud sahwi ada tiga iaitu kerana kelebihan (menambahkan sesuatu  - az-ziyaadah), kekurangan (menghilangkan sesuatu - an-naqsh) dan kerana dalam keadaan ragu-ragu (asy-syak) di dalam solat.

Nabi SAW juga pernah lupa di dalam solat. Hal ini ada keterangannya, bahkan beliau sendiri bersabda :


إِ نَّــمَا أَ نَـا بَـشَــرٌ أَ نَـسِى كَــمَا تَــنْـسَــوْ نَ : فَـإِ ذَ ا نَـسِـيْتُ فَـذَ كِّــرُوْ نـِىْ

" Saya ini hanyalah manusia biasa, saya juga lupa sebagaimana tuan-tuan lupa. Oleh sebab itu, jika saya lupa, maka ingatkanlah !" (H.R Bukhari dan Muslim).


1)   Sujud sahwi kerana kelebihan (menambahkan sesuatu  - az-ziyaadah)
           
      Barangsiapa terlupa di dalam solatnya lalu tertambah rukuk atau sujud dan                            sebagainya, maka dia perlu melakukan sujud sahwi.



2)   Sujud sahwi kerana kekurangan (menghilangkan sesuatu - an-naqsh)

           
       Barangsiapa justeru terlupa, lalu meninggalkan salah satu sunat ab'adh, maka ia                  harus sujud sahwi sebelum salam. Misalnya, makmum terlupa tahiyat awal dan                    hanya teringat setelah sempurna qiam (berdiri tegak), maka dia tidaklah perlu duduk             kembali dan cukup baginya sujud sahwi. Namun, sekiranya dia teringat sebelum                   separuh bangkit untuk qiam, maka bolehlah dia kembali duduk dan menyempurnakan           tahiyat awal dan tidak perlu sujud sahwi.



3)   Sujud sahwi kerana dalam keadaan ragu-ragu (asy-syak) di dalam solat.
      
        Keraguan-keraguan di dalam  solat adalah kerana tidak menyakini sama ada terlebih           atau terkurang, umpamanya seseorang ragu sama ada dia di dalam rakaat ketiga                  atau keempat. Keraguan ada dua jenis :

          1.  Sekiranya seseorang lebih cenderung kepada satu hal (waham atau lebih 50%                      pasti), umpamanya dia lebih menyakini dia kini di dalam rakaat ketiga dan bukan                   rakaat keempat, maka dia harus menurutkan sikap kepada yang lebih ia yakini,                     kemudian dia melakukan sujud sahwi setelah salam.

         2 .  Sekiranya seseorang itu ragu-ragu antara dua hal dan tidak condong pada salah                  satunya (dzan atau hanya 50 - 50 pasti), maka dia harus mengambil sikap kepada                hal yang sudah pasti akan kebenarannya, iaitu jumlah rakaat yang sedikit.                              Kemudian menutupi kekurangan tersebut, lalu sujud sahwi sebelum salam.

Bagi orang yang berasa was-was berkenaan rakaat solat yang telah dilakukan, sunat juga melakukan sujud sahwi.

MASALAH YANG BERHUBUNG DENGAN SUJUD SAHWI


1)   Tertinggal Perkara Fardhu / Rukun.

  • Sekiranya tertinggal salah satu daripada fardu atau rukun, solat tidak boleh ditutup       dengan sujud sahwi semata-mata. Ia hendaklah terlebih dahulu melakukan rukun yang tertinggal itu sekiranya jarak tidak jauh dan ia teringat pada waktu sebelum memberi salam.
  • MISALNYA : Terus sujud dan meninggalkan rukuk (terlupa), maka hendaklah ia bangun semula untuk melakukan rukuk dan barulah dilakukan sujud sahwi selepas tahiyat akhir sebelum salam.

  • Ataupun ia teringat selepas salam, umpamanya, ia terlupa membaca al-fatihah pada mana-mana rakaat, walaupun ia telah bercakap sedikit, maka bolehlah ia menyambung semula solatnya dengan menambah kekurangannya tadi dan disunatkan ia sujud sahwi.

  • Apabila seseorang itu terlupa melakukan salah satu antara sunat ab'adh ia tidak boleh kembali melakukannya setelah masuk ke rukun seterusnya dengan sempurna.
  • MISALNYA : Terlupa membaca doa qunut kemudian ia sujud. Dalam sujud itu baru ia teringat, maka tidak boleh ia bangun semula untuk membaca doa qunut itu. Tetapi kalau belum sempurna sujudnya, maka bolehlah ia bangun semula untuk berqunut.
  • Sekiranya ia sudah turun daripada iktidal (berdiri setelah rukuk) dan belum sampai had rukuk, maka ia bangun membaca qunut, ia tidak sunat sujud sahwi.
  • Tetapi kalau sudah melampaui had rukuk, belum sampai sempurna sujud dia boleh kembali membaca doa qunut, tetapi sunat mengerjakan sujud sahwi.
  • Begitu juga jika tertinggal membaca tahiyat awal. Sekiranya ia teringat sebelum naik ke batas rukuk, maka bolehlah ia duduk membaca dan tidak sunat sujud sahwi.
  • Sekiranya ia teringat setelah naik ke batas rukuk, tetapi belum sempurna berdiri, maka sunat ia sujud sahwi. Sekiranya telah berdiri, maka tidak boleh turun semula. Bahkan kalau dilakukan juga, maka solatnya batal.
  • Hanya disunatkan sujud sahwi sahaja untuk menampung sunat yang tertinggal itu.


2)   Terlupa Sujud Sahwi

  • Sekiranya seseorang itu terlupa sujud sahwi dan teringat hanya selepas memberi salam, maka bolehlah ia sujud sahwi dengan syarat ingatan itu timbul dalam masa yang tidak terlalu lama. Walau bagaimanapun, kalau tertinggal sujud sahwi itu, tidaklah menjejaskan solat kerana ia sunat sahaja.



3)   Imam Terlupa Sujud Sahwi




  • Sekiranya imam terlupa sujud sahwi, makmum bolehlah sujud sahwi setelah imam memberi salam.




               CARA MELAKUKAN SUJUD SAHWI

Duduk tahiyat akhir dan membaca tahiyat akhir sehingga habis, 


sebelum memberi salam, lakukan dua kali sujud dan setiap kali sujud membaca bacaan ini sebanyak 3 kali.


BACAAN DALAM SUJUD :

Jika belum ingat bacaan di atas, Walau bagaimanapun dibolehkan juga kita membaca ayat yang biasanya kita baca di dalam sujud biasa.

Dan pada duduk antara 2 sujud sahwi dibacakan bacaan sepertimana duduk antara 2 sujud solat biasa.

BACAAN KETIKA DUDUK ANTARA DUA SUJUD (SUJUD SAHWI) :





SEMOGA DENGAN PENGISIAN ILMU CARA MELAKUKAN SUJUD SAHWI INI DAPATLAH MENJADI PANDUAN UNTUK RUJUKAN KITA SEMUA DAN SAMA-SAMA KITA SENTIASA MEMPERBAIKI SOLAT KITA.



4 comments:

  1. Terima kasih. satu perkongsian yang sangat berguna. Kerana kita kadang kala terlupa sesuatu dalam melengkapkan solat kita.

    ReplyDelete
  2. Sangat bermanfaat untuk semua

    ReplyDelete
  3. sangat bermanfaat untuk kita sebagai umat Islam..tahniah dan terima kasih

    ReplyDelete