background music

Tuesday, 17 November 2015

4. SOLAT SECARA BARING MENGIRING

                3. PERGERAKAN SOLAT SECARA BARING                                                          MENGIRING


Caranya adalah dengan berbaring mengiring di atas rusuk sebelah kanan. Perlulah diingatkan bahawa dada dan muka mestilah menghadap kiblat.

1.   Baring mengiring dada menghadap kiblat.
2.   Takbiratulihram beserta niat
3.   Membaca surah Al-Fatihah dan surah seperti solat biasa.
4.   Rukuk - dilakukan dengan membengkokkan sedikit kepala seperti hendak tunduk 
      sebagai syarat rukuk.
5.   Iktidal
6.   Sujud - dilakukan dengan merendahkan kepala lebih sedikit dari rukuk untuk                         membezakan antara rukuk dan qiam.
7.   Duduk antara dua sujud
8.   Sujud
9.   Membaca tasyahud awal.
10. Membaca tasyahud akhir.
11. Memberi salam - disunatkan berpaling sedikit ke kanan pada salam pertama dan            
      ke  arah kiri pada rakaat kedua.









3. SOLAT SECARA BARING MENELENTANG

2. PERGERAKAN SOLAT SECARA BARING MENELENTANG


Sekiranya tidak mampu berdiri atau duduk, solat boleh dikerjakan secara baring menelentang di mana kedua-dua belah kaki diluruskan ke arah kiblat. Kepala hendaklah diangkat sedikit dan disandarkan dengan menggunakan bantal (atau seumpamanya). Ini 

bagi memudahkan orang  yang sakit itu mukanya menghadap kiblat.


1.   Baring menelentang dada menghadap ke arah kiblat.

2.   Takbiratulihram beserta niat.

3.   Membaca surah Al--Fatihah serta surah seperti solat biasa.


4.   Rukuk - kepala ditundukkan sedikit sebagai isyarat rukuk.


5.   Iktidal - dilakukan dengan mengangkat kepala seperti kedudukan asal kembali.


6.   Sujud - Kepala ditundukkan lebih sedikit dari rukuk.


7.   Duduk antara dua sujud


8.   Sujud.


9.   Membaca tasyahud awal


10. Membaca tasyahud akhir


11.  Memberi salam.

   




                        PERGERAKAN ISYARAT MATA

  • BAGI YANG TIDAK MAMPU BERGERAK BOLEH MENGGUNAKAN ISYARAT KELOPAK MATA DAN PERGERAKAN MENUNDUKKAN KEPALA BAGI RUKUK, SUJUD, IKTIDAL DAN LAIN-LAIN LAGI.

  • SEKIRANYA TIDAK MAMPU MENGGERAKKAN ANGGOTA UNTUK SOLAT, MAKA BOLEHLAH MENGGUNAKAN ISYARAT JARI, ISYARAT TANGAN ATAU ISYARAT DALAM HATI.

2. CARA - CARA MENUNAIKAN SOLAT ORANG YANG SAKIT (SOLAT SECARA DUDUK)


1. PERGERAKAN SOLAT SECARA DUDUK

PERGERAKAN SOLAT DUDUK DI LANTAI


 1.   Lakukan solat dalam keadaan duduk tegak seperti duduk antara dua sujud dan                      menghadap kiblat.
 2.   Takbiratulihram besrta niat
 3.   Membaca Surah Al--Fatihah dan surah seperti solat biasa.
 4.   Rukuk - dilakukan memadai dengan menundukkan kepala sehingga setentang dengan                     tempat sujud.
 5.   Iktidal - dilakukan dengan mengangkat kepala tegak semula.
 6.   Sujud dilakukan di lantai sama seperti solat biasa jika pesakit mampu.
 7.   Duduk antara dua sujud
 8.  Sujud
 9.   Duduk tasyahud awal
 10. Duduk tasyahud akhir
 11. Memberi salam


*  CARA INI SAMA SEPERTI DARI MULA BERSOLAT SEHINGGALAH KE RAKAAT YANG TERAKHIR *.

*  SEMUA PERGERAKAN INI DILAKUKAN MENGIKUT KEMAMPUAN PESAKIT *.





PERGERAKAN SOLAT DUDUK DI KERUSI

Sekiranya kita (pesakit) tidak mampu duduk, rukuk dan sujud seperti biasa tetapi boleh mampu berdiri tegak, maka hendaklah dia berdiri kemudian duduk di atas bangku kembali untuk melakukan rukun-rukun solat yang lain.

Akan tetapi jikalau sakitnya itu ada minima dan masih boleh membolehkan bersolat seperti biasa, maka hendaklah dia berusaha berdiri seperti biasa. Anas bin Malik radiaallahu-anhu meriwayatkan hadis berikut : Ketika Rasulullah SAW memasuki kota Madinah, kota ini telah diserang wabak dan orang-orang pun menjadi sakit. Lalu Baginda masuk ke dalam masjid dan di saat itu orang sedang solat duduk. Melihat itu Baginda bersabda : " Solat orang yang duduk pahalanya setengah dari solat orang yang berdiri." Mendengar itu orang-orang pun segera berdiri untuk (meneruskan solat)







 1.   Lakukan solat dalam keadaan duduk tegak  dan menghadap kiblat.
 2.   Takbiratulihram besrta niat
 3.   Membaca Surah Al--Fatihah dan surah seperti solat biasa.
 4. Rukuk - dilakukan memadai dengan menundukkan kepala sehingga setetang dengan                        tempat sujud.
 5.   Iktidal - dilakukan dengan mengangkat kepala tegak semula.
 6.   Sujud - dilakukan dengan menundukkan kepala lebih rendah sedikit daripada rukuk.
 7.   Duduk antara dua sujud
 8.   Sujud
 9.   Duduk tasyahud awal
 10. Duduk tasyahud akhir
 11.  Memberi salam






S

5. SUJUD SAHWI

                                                               
                               




 SUJUD SAHWI



Sebagai manusia, kita pastinya tidak terlepas daripada sifat lupa. Malah dalam solat sekalipun kadang-kadang kita terlupa. Sebab itulah adanya sujud sahwi untuk menampung kesalahan dan apa-apa yang kita lupa semasa di dalam solat.

Sujud sahwi secara umumnya merupakan sujud yang dilakukan apabila tertinggal beberapa perkara dalam solat. Pengertian dari bahasaperkataan sahwi bermaksud : " lupa sesuatu ". Dari sudut syarak pula sujud yang dilakukan sebanyak dua kali setelah selesai tahiyat akhir sebelum salam. 

Hukumnya melakukan sujud sahwi adalah sunat.

Sebab-sebab sujud sahwi ada tiga iaitu kerana kelebihan (menambahkan sesuatu  - az-ziyaadah), kekurangan (menghilangkan sesuatu - an-naqsh) dan kerana dalam keadaan ragu-ragu (asy-syak) di dalam solat.

Nabi SAW juga pernah lupa di dalam solat. Hal ini ada keterangannya, bahkan beliau sendiri bersabda :


إِ نَّــمَا أَ نَـا بَـشَــرٌ أَ نَـسِى كَــمَا تَــنْـسَــوْ نَ : فَـإِ ذَ ا نَـسِـيْتُ فَـذَ كِّــرُوْ نـِىْ

" Saya ini hanyalah manusia biasa, saya juga lupa sebagaimana tuan-tuan lupa. Oleh sebab itu, jika saya lupa, maka ingatkanlah !" (H.R Bukhari dan Muslim).


1)   Sujud sahwi kerana kelebihan (menambahkan sesuatu  - az-ziyaadah)
           
      Barangsiapa terlupa di dalam solatnya lalu tertambah rukuk atau sujud dan                            sebagainya, maka dia perlu melakukan sujud sahwi.



2)   Sujud sahwi kerana kekurangan (menghilangkan sesuatu - an-naqsh)

           
       Barangsiapa justeru terlupa, lalu meninggalkan salah satu sunat ab'adh, maka ia                  harus sujud sahwi sebelum salam. Misalnya, makmum terlupa tahiyat awal dan                    hanya teringat setelah sempurna qiam (berdiri tegak), maka dia tidaklah perlu duduk             kembali dan cukup baginya sujud sahwi. Namun, sekiranya dia teringat sebelum                   separuh bangkit untuk qiam, maka bolehlah dia kembali duduk dan menyempurnakan           tahiyat awal dan tidak perlu sujud sahwi.



3)   Sujud sahwi kerana dalam keadaan ragu-ragu (asy-syak) di dalam solat.
      
        Keraguan-keraguan di dalam  solat adalah kerana tidak menyakini sama ada terlebih           atau terkurang, umpamanya seseorang ragu sama ada dia di dalam rakaat ketiga                  atau keempat. Keraguan ada dua jenis :

          1.  Sekiranya seseorang lebih cenderung kepada satu hal (waham atau lebih 50%                      pasti), umpamanya dia lebih menyakini dia kini di dalam rakaat ketiga dan bukan                   rakaat keempat, maka dia harus menurutkan sikap kepada yang lebih ia yakini,                     kemudian dia melakukan sujud sahwi setelah salam.

         2 .  Sekiranya seseorang itu ragu-ragu antara dua hal dan tidak condong pada salah                  satunya (dzan atau hanya 50 - 50 pasti), maka dia harus mengambil sikap kepada                hal yang sudah pasti akan kebenarannya, iaitu jumlah rakaat yang sedikit.                              Kemudian menutupi kekurangan tersebut, lalu sujud sahwi sebelum salam.

Bagi orang yang berasa was-was berkenaan rakaat solat yang telah dilakukan, sunat juga melakukan sujud sahwi.

MASALAH YANG BERHUBUNG DENGAN SUJUD SAHWI


1)   Tertinggal Perkara Fardhu / Rukun.

  • Sekiranya tertinggal salah satu daripada fardu atau rukun, solat tidak boleh ditutup       dengan sujud sahwi semata-mata. Ia hendaklah terlebih dahulu melakukan rukun yang tertinggal itu sekiranya jarak tidak jauh dan ia teringat pada waktu sebelum memberi salam.
  • MISALNYA : Terus sujud dan meninggalkan rukuk (terlupa), maka hendaklah ia bangun semula untuk melakukan rukuk dan barulah dilakukan sujud sahwi selepas tahiyat akhir sebelum salam.

  • Ataupun ia teringat selepas salam, umpamanya, ia terlupa membaca al-fatihah pada mana-mana rakaat, walaupun ia telah bercakap sedikit, maka bolehlah ia menyambung semula solatnya dengan menambah kekurangannya tadi dan disunatkan ia sujud sahwi.

  • Apabila seseorang itu terlupa melakukan salah satu antara sunat ab'adh ia tidak boleh kembali melakukannya setelah masuk ke rukun seterusnya dengan sempurna.
  • MISALNYA : Terlupa membaca doa qunut kemudian ia sujud. Dalam sujud itu baru ia teringat, maka tidak boleh ia bangun semula untuk membaca doa qunut itu. Tetapi kalau belum sempurna sujudnya, maka bolehlah ia bangun semula untuk berqunut.
  • Sekiranya ia sudah turun daripada iktidal (berdiri setelah rukuk) dan belum sampai had rukuk, maka ia bangun membaca qunut, ia tidak sunat sujud sahwi.
  • Tetapi kalau sudah melampaui had rukuk, belum sampai sempurna sujud dia boleh kembali membaca doa qunut, tetapi sunat mengerjakan sujud sahwi.
  • Begitu juga jika tertinggal membaca tahiyat awal. Sekiranya ia teringat sebelum naik ke batas rukuk, maka bolehlah ia duduk membaca dan tidak sunat sujud sahwi.
  • Sekiranya ia teringat setelah naik ke batas rukuk, tetapi belum sempurna berdiri, maka sunat ia sujud sahwi. Sekiranya telah berdiri, maka tidak boleh turun semula. Bahkan kalau dilakukan juga, maka solatnya batal.
  • Hanya disunatkan sujud sahwi sahaja untuk menampung sunat yang tertinggal itu.


2)   Terlupa Sujud Sahwi

  • Sekiranya seseorang itu terlupa sujud sahwi dan teringat hanya selepas memberi salam, maka bolehlah ia sujud sahwi dengan syarat ingatan itu timbul dalam masa yang tidak terlalu lama. Walau bagaimanapun, kalau tertinggal sujud sahwi itu, tidaklah menjejaskan solat kerana ia sunat sahaja.



3)   Imam Terlupa Sujud Sahwi




  • Sekiranya imam terlupa sujud sahwi, makmum bolehlah sujud sahwi setelah imam memberi salam.




               CARA MELAKUKAN SUJUD SAHWI

Duduk tahiyat akhir dan membaca tahiyat akhir sehingga habis, 


sebelum memberi salam, lakukan dua kali sujud dan setiap kali sujud membaca bacaan ini sebanyak 3 kali.


BACAAN DALAM SUJUD :

Jika belum ingat bacaan di atas, Walau bagaimanapun dibolehkan juga kita membaca ayat yang biasanya kita baca di dalam sujud biasa.

Dan pada duduk antara 2 sujud sahwi dibacakan bacaan sepertimana duduk antara 2 sujud solat biasa.

BACAAN KETIKA DUDUK ANTARA DUA SUJUD (SUJUD SAHWI) :





Friday, 6 November 2015

1. PANDUAN SOLAT BAGI ORANG SAKIT

PANDUAN
SOLAT BAGI ORANG SAKIT

" SOLAT ITU TIANG AGAMA, SESIAPA MENDIRIKANNYA BERERTI DIA MENDIRIKAN AGAMA, DAN SESIAPA YANG MENINGGALKANNYA, BERERTI DIA MERUNTUHKAN AGAMA ".

" Tidak ada alasan bagi seseorang Islam untuk tidak           menunaikan kewajipannya dalam mendirikan solat        walaupun sewaktu dia berada dalam keadaan sakit ".