PANDUAN
SOLAT BAGI ORANG SAKIT
" SOLAT ITU TIANG AGAMA, SESIAPA MENDIRIKANNYA BERERTI DIA MENDIRIKAN AGAMA, DAN SESIAPA YANG MENINGGALKANNYA, BERERTI DIA MERUNTUHKAN AGAMA ".
" Tidak ada alasan bagi seseorang Islam untuk tidak menunaikan kewajipannya dalam mendirikan solat walaupun sewaktu dia berada dalam keadaan sakit ".
Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dimuliakan oleh Allah SWT. Semoga semuanya berada di dalam keadaan yang sihat dan mendapat keberkatan.
Segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekelian alam, selawat dan salam buat Nabi junjungan , serta para ahli keluarganya dan para sahabatnya, juga seluruh umatnya yang mengikuti petunjuk dan perjuanagn Baginda SAW.
Kedudukan solat adalah amat tinggi dalam Islam. Ia merupakan tiang agama dan menjadi tunggak amalan seharian kita, di mana agama tidak akan dapat ditegakkan dengan sempurna dalam diri seseorang dan negara kecuali setelah memberi perhatian serius tentang kewajipan dan kesempurnaannya. Di samping itu, solat juga merupakan tiang asas bagi amalan soleh yang lain. Selain itu, ia merupakan antara amalan yang pertama sekali dihisab. Hal ini disebut oleh Rasulullah SAW di dalam hadisnya yang bermaksud :
"Sesungguhnya amalan yang mula-mula dihisab (diperhitungkan) daripada seorang hamba pada hari kiamat ialah solat. Maka Allah SWT berfirman kepada para malaikat-Nya, dan ia Maha Mengetahui: " Sekiranya lengkap sempurna maka ia ditulis sempurna, kiranya ada yang kurang, maka Allah SWT berfirman : " Adakah terdapat solat-solat sunat yang dikerjakannya ? " Sekiranya solat-solat sunat tersebut ada, Allah SWT berfirman : " Sempurnakanlah bagi hamba-Ku pada solat fardhunya daripada solat sunatnya.
" Kemudian, segala amalan dihitung melalui cara itu."
( Riwayat Abu Daud : hadis sahih )
Selain itu, Nabi Juga bersabda yang bermaksud :
" Pokok segala urusan adalah Islam dan tiang serinya adalah solat."
(Riwayat An-Nasa'ei dan Ibn Majah. Hadis sanad Hasan)
" Kamu dirikanlah solat sebagaimana kamu melihat aku solat."
(Riwayat Al-Bukhari)
Nikmat yang terbesar ialah nikmat Islam dan Iman. Selain itu, nikmat kesihatan, masa, pancaindera, harta dan lain-lain yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya. Tetapi dalam pada kita diberi kesihatan adakalanya kita diuji dengan dugaan-dugaan seperti sakit yang menyebabkan kita tidak mampu melakukan solat dalam keadaan berdiri seperti biasa.
- Maka, Feqah Islam ada menerangkan panduan kepada kita bagaimana untuk melaksanakan solat dalam keadaan kita sakit yang tidak mampu berdiri.
- Islam telah menggariskan cara-cara tertentu iaitu solat secara duduk, solat secara baring menelentang dan solat secara baring mengiring.
- Sekiranya tidak mampu dengan tiga cara solat berikut, barulah dibolehkan solat dengan menggunakan isyarat mata atau isyarat jari untuk yang langsung tidak mampu bergerak bagi memberi peluang kepada orang sakit untuk beribadat selagi akalnya masih dalam keadaan sedar dan waras.
- Tidak ada alasan bagi seseorang Islam untuk tidak menunaikan kewajipannya dalam mendirikan solat walaupun sewaktu diaberada dalam keadaan sakit.
Hadis Rasulullah SAW :
Maksudnya :" Bersolatlah kamu dalam keadaan berdiri, jika tiada kemampuan duduklahdan jika
tidakberkemampuan maka dalam keadaan mengiring di atas rusukmu ".
TAHUKAH ANDA ? :
ALLAH MEMBERI KERINGANAN CARA MENDIRIKAN SOLAT BAGI ORANG YANG SEDANG SAKIT.
JUSTERU ITU :
- UMAT ISLAM WAJIB MENUNAIKAN SOLAT PADA WAKTUNYA DALAM SEMUA KEADAAN SAMA ADA KETIKA SIHAT, SAKIT, PEPERANGAN ATAU DALAM KEADAAN AMAN.
- SOLAT KETIKA SAKIT IITU ADALAH SOLAT TERBAIK DI DALAM HIDUP KITA, SEKIRANYA KITA MATI DI DALAM KEADAAN SOLAT, MAKA ITULAH PENGAKHIRAN YANG TERBAIK. NAMUN JIKA KITA MATI DI DALAM KEADAAN TIDAK BERSOLAT ITU ADALAH PENGAKHIRAN YANG BURUK PADA KITA.
1. Mengetahui masuk waktu solat.
2. Menghadap kiblat.
3. Menutup aurat
4. Suci daripada hadas dan najis.
5. Ada keuzuran
HIKMAH SOLAT ORANG YANG SAKIT :
1. Yakin .terhadap pertolongan Allah.
2. Dikasihi dan diredhai Allah.
3. Memperolehi ketenangan jiwa.
4. Sabar dan tabah menghadapi kesakitan.
5. Meringankan penderitaan yang dialami.
6. Bersyukur dengan nikmat Allah.
7. Sentiasa mengingati Allah.
4. Sabar dan tabah menghadapi kesakitan.
5. Meringankan penderitaan yang dialami.
6. Bersyukur dengan nikmat Allah.
7. Sentiasa mengingati Allah.
Terima kasih perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat. Solat wajib dilakukan selagi kita masih bernafas.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ilmu
ReplyDeleteBagus utk panduan kita
ReplyDelete