2. PERGERAKAN SOLAT SECARA BARING MENELENTANG
Sekiranya tidak mampu berdiri atau duduk, solat boleh dikerjakan secara baring menelentang di mana kedua-dua belah kaki diluruskan ke arah kiblat. Kepala hendaklah diangkat sedikit dan disandarkan dengan menggunakan bantal (atau seumpamanya). Ini
bagi memudahkan orang yang sakit itu mukanya menghadap kiblat.
1. Baring menelentang dada menghadap ke arah kiblat.
2. Takbiratulihram beserta niat.
3. Membaca surah Al--Fatihah serta surah seperti solat biasa.
4. Rukuk - kepala ditundukkan sedikit sebagai isyarat rukuk.
5. Iktidal - dilakukan dengan mengangkat kepala seperti kedudukan asal kembali.
6. Sujud - Kepala ditundukkan lebih sedikit dari rukuk.
7. Duduk antara dua sujud
8. Sujud.
9. Membaca tasyahud awal
10. Membaca tasyahud akhir
11. Memberi salam.
PERGERAKAN ISYARAT MATA
- BAGI YANG TIDAK MAMPU BERGERAK BOLEH MENGGUNAKAN ISYARAT KELOPAK MATA DAN PERGERAKAN MENUNDUKKAN KEPALA BAGI RUKUK, SUJUD, IKTIDAL DAN LAIN-LAIN LAGI.
- SEKIRANYA TIDAK MAMPU MENGGERAKKAN ANGGOTA UNTUK SOLAT, MAKA BOLEHLAH MENGGUNAKAN ISYARAT JARI, ISYARAT TANGAN ATAU ISYARAT DALAM HATI.
Terima kasih di atas perkongsian ilmu. boleh diaplikasikan pada murid-murid
ReplyDeletesangat tertarik lebih-lebih lagi pengetahuan ini ramai yang kurang arif.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ilmu
ReplyDeletePerkongsian yg bagus
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Ilmu yang bermanfaat...
ReplyDelete